mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X E-Sukan: Webinar 2D Animation For Beginners | School Fun Break

Tarikh   : 28 Disember 2025

Masa    : 9.00 Pagi – 01.00 Petang

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah

Tujuan

Objektifnya adalah untuk memberi pendedahan asas kepada pelajar mengenai dunia animasi 2D serta memperkenalkan proses awal penghasilan kandungan animasi secara berperingkat.

Aktiviti

Program ini telah berlangsung dengan pengisian yang merangkumi prinsip asas animasi, pergerakan watak, aliran visual serta pemahaman awal tentang langkah-langkah penghasilan animasi sebelum sesuatu kandungan dihasilkan. Melalui webinar ini, peserta memperoleh pengetahuan asas yang penting sebagai langkah permulaan dalam bidang animasi digital, di samping meningkatkan minat dan kreativiti mereka terhadap industri kreatif, serta menerima sijil penyertaan sebagai pengiktirafan penyertaan dalam program ini.

Gambar di sini