mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Entrepreneurship : Edisi Ekspres Strategi Perniagaan 2026 | Topik 1 ; Pemasaran dan Perancangan Perniagaan

Tarikh   : 04 November 2025

Masa    : 10.00 am – 12.00 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Terbuka

Tujuan

Objektifnya untuk membantu peserta menilai semula prestasi dan strategi perniagaan tahun 2025 serta merancang hala tuju perniagaan yang lebih kukuh menjelang tahun 2026. Program ini turut bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan penjenamaan, perancangan strategik dan perlindungan hak jenama dalam memastikan kelangsungan perniagaan.

Aktiviti

Sepanjang sesi, peserta dibimbing melalui tiga topik utama iaitu Refleksi 2025 – Rancang Bisnes Padu untuk 2026, Stop Menjual, Start Menjenama: Rahsia Usahawan Berjaya 2026, dan Jenama Ini Milik Aku… Ye Ke? : Asas Cap Dagangan. Melalui perkongsian ini, peserta didorong untuk menilai semula pendekatan pemasaran, membina identiti jenama yang kukuh serta memahami langkah-langkah melindungi cap dagangan bagi mengukuhkan kedudukan perniagaan mereka di pasaran.

Gambar di sini