mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Entrepreneurship : EmpowerHER – Podcast “Pekerja Power Syarikat Super” (Cohort 6)

Tarikh   : 18 November 2025

Masa    : 10.00 – 10.30 pagi

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Terbuka

Tujuan

Telah berjaya dilaksanakan dengan objektif memberi pendedahan kepada peserta tentang peranan penting modal insan dalam membina organisasi yang kukuh dan berprestasi tinggi. Podcast ini dirangka bagi membantu peserta memahami ciri-ciri pekerja berimpak, budaya kerja positif serta bagaimana kepimpinan dan pengurusan sumber manusia yang berkesan mampu menyumbang kepada kejayaan sesebuah syarikat.

Aktiviti

Sesi podcast ini menekankan peranan dan ciri pekerja berkualiti tinggi yang mampu memacu kejayaan sesebuah organisasi. Peserta didedahkan dengan panduan membina etika kerja yang kukuh, kemahiran komunikasi yang berkesan serta sikap profesional yang menjadi nilai tambah dalam dunia pekerjaan masa kini. Melalui perkongsian pengalaman, contoh situasi sebenar dan tip praktikal, program ini membantu pendengar memahami bagaimana untuk menjadi aset penting kepada syarikat sekaligus meningkatkan potensi kerjaya mereka.

Gambar di sini