Tarikh : 21 Jun 2025
Masa : 10.00 – 11.00 am
Tempat : Kediaman Peserta
Peserta : Pelajar Sekolah
Tujuan
Webinar ini bertujuan untuk membimbing peserta dalam membina pelan perniagaan asas secara sistematik dan mudah difahami.
Aktiviti
Mereka diperkenalkan kepada elemen penting seperti idea perniagaan, analisis pelanggan, struktur kos, dan strategi pemasaran, semua ini disampaikan dengan pendekatan mesra belia dan interaktif agar mudah dihadam dan diaplikasi.
Antara kelebihan utama program ini adalah latihan secara praktikal, bimbingan langkah demi langkah oleh fasilitator berpengalaman, serta peluang kepada peserta untuk membentangkan idea mereka secara asas. Ia bukan sahaja mengasah kreativiti, tetapi juga membina keyakinan diri dalam menyampaikan visi dan perancangan mereka. Tahniah kepada semua peserta Cohort 3!