Tarikh : 26 November 2025
Masa : 10.00 – 10.30 pagi
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Telah berjaya dilaksanakan dengan objektif membekalkan peserta dengan pemahaman strategik tentang kepentingan daya tahan dan kebolehsuaian perniagaan dalam menghadapi perubahan pasaran yang pantas. Podcast ini dirangka bagi membantu usahawan mengenal pasti faktor utama yang memastikan perniagaan kekal relevan, mampan dan berdaya saing dalam jangka panjang.
Aktiviti
Sesi podcast ini membimbing peserta memahami strategi membina perniagaan yang mampan, adaptif dan mampu bertahan dalam apa jua perubahan pasaran. Perkongsian merangkumi cara mengenal pasti risiko, mengukuhkan asas operasi, menambah baik nilai produk serta menggunakan data dan teknologi bagi memastikan perniagaan terus relevan. Pendengar turut diberikan contoh praktikal dan tip actionable yang boleh diterapkan terus dalam usaha mengembangkan perniagaan agar kekal kukuh dan berdaya saing pada jangka panjang.