Tarikh : 13 November 2025
Masa : 11.30 pagi – 12.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektifnya ialah memastikan peserta memahami elemen penting seperti aliran tunai, kawalan perbelanjaan, penyediaan bajet serta kepentingan merangka pelan perniagaan sebelum mengikuti latihan penuh.
Aktiviti
Melalui video ini, peserta diperkenalkan kepada komponen utama yang membentuk pengurusan kewangan yang berkesan, kepentingan mencatat rekod transaksi, strategi mengurus risiko, serta asas membangunkan perancangan perniagaan yang sistematik. Pengisian ringkas dan padat ini membantu peserta menyediakan diri dengan pengetahuan awal sebelum mengikuti sesi webinar. Kelebihan kepada peserta termasuk peningkatan kefahaman terhadap asas kewangan, pemahaman lebih jelas tentang struktur perniagaan, serta persediaan awal untuk memanfaatkan sepenuhnya latihan seterusnya dalam program NADIPreneur.