Tarikh : 31 Januari 2026
Masa : 11.30 – 12.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah
Tujuan
Objektifnya adalah untuk memperkenalkan kanak-kanak kepada asas perancangan perniagaan secara tersusun dan mudah difahami melalui pendekatan visual dan interaktif.
Aktiviti
Melalui video pembelajaran ini, peserta didedahkan kepada konsep Business Model Canvas (BMC) sebagai alat untuk merancang perniagaan mini, merangkumi elemen utama seperti pelanggan, cadangan nilai, aktiviti utama dan sumber. Program ini memberi kelebihan kepada peserta dengan membantu mereka berfikir secara sistematik, kreatif dan berstrategi, serta memahami bagaimana idea perniagaan boleh dirancang dengan jelas dan praktikal. Semoga pendedahan ini dapat memupuk minat keusahawanan sejak usia muda dan melahirkan generasi usahawan cilik yang berdaya saing.