Tarikh : 20 September 2025
Masa : 11.00 – 12.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah
Tujuan
Objektif utama program ini adalah untuk memperkenalkan peserta kepada strategi pemasaran berasaskan teknologi AI serta mengaplikasikan pendekatan inovatif dalam operasi perniagaan yang lebih sistematik dan efisien.
Aktiviti
Sepanjang program ini, peserta berpeluang mempelajari teknik pemasaran moden yang mampu meningkatkan daya saing perniagaan, selain memahami cara menguruskan operasi dengan lebih teratur. Rakaman webinar dan podcast yang disediakan turut memberi nilai tambah kerana peserta boleh mengulangkaji ilmu pada bila-bila masa, sekali gus mengukuhkan kefahaman mereka terhadap topik yang dibincangkan.