Tarikh : 09 Ogos 2025
Masa : 10.00 – 11.00 am
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah
Tujuan
Untuk memberikan pendedahan awal kepada peserta mengenai kepentingan merancang kewangan secara bijak sejak usia muda.
Aktiviti
Melalui perkongsian ini, peserta didedahkan kepada teknik mengurus perbelanjaan, menabung, dan memahami asas pelaburan sebagai persediaan masa depan. Peserta memperoleh kelebihan dengan meningkatkan pengetahuan kewangan, membina kesedaran tentang pengurusan wang yang sistematik, serta mendapat inspirasi untuk mengamalkan gaya hidup lebih berdisiplin dalam aspek kewangan. Selain itu, mereka turut berpeluang berinteraksi dan bertanya soalan secara langsung kepada tenaga pengajar berpengalaman.