Tarikh : 31 Januari 2026
Masa : 10.00 – 11.30 am
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah
Tujuan
Objektifnya adalah untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai pengurusan kewangan secara bijak melalui pendekatan pembelajaran yang mudah, menyeronokkan dan interaktif.
Aktiviti
Melalui webinar ini, peserta didedahkan kepada konsep asas kewangan seperti mengurus wang saku, menabung, membezakan keperluan dan kehendak, serta membuat keputusan kewangan yang bertanggungjawab. Program ini memberi kelebihan kepada peserta dengan membantu mereka membina tabiat kewangan yang baik sejak kecil, meningkatkan kesedaran tentang nilai wang, dan menyokong pembentukan pemikiran keusahawanan yang berdisiplin. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat menjadi asas kukuh dalam membentuk generasi celik kewangan dan berdaya saing pada masa hadapan.