mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Entreprenuership (Kidventure) : Webinar BizKid – Cuti Sekolah Bijak & Produktif | School Fun Break

Tarikh   : 22 & 23 Disember 2025

Masa    : 10.00 – 11.00 am

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah

Tujuan

Bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada dunia keusahawanan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Program ini dirangka bagi membentuk pemikiran kreatif, berdaya saing serta meningkatkan keyakinan diri peserta melalui pendekatan pembelajaran yang sesuai dengan usia dan menyeronokkan.

Aktiviti

Sepanjang webinar berlangsung, peserta didedahkan kepada asas keusahawanan, cara berfikir secara kreatif dalam menjana idea serta kepentingan sikap positif dan yakin diri dalam membina potensi sebagai usahawan muda. Pengisian ini memberi kelebihan kepada peserta untuk memanfaatkan cuti sekolah dengan aktiviti yang bermanfaat, menambah pengetahuan baharu dan membina asas kemahiran yang boleh dikembangkan pada masa hadapan.

Gambar di sini