Tarikh : 06 Disember 2025
Masa : 10.00 – 11.00 am
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah
Tujuan
Diadakan bertujuan untuk memperkenalkan peserta kepada asas perancangan perniagaan secara terancang dan sistematik sejak peringkat awal. Webinar ini dirangka bagi membantu peserta memahami kepentingan pelan perniagaan sebagai panduan utama dalam merangka idea, menetapkan hala tuju serta mengurus perniagaan dengan lebih berkesan.
Aktiviti
Telah berjaya berlangsung dengan penuh interaktif dan memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai asas merangka pelan perniagaan yang berkesan. Dalam sesi ini, peserta mempelajari apakah itu keywords penting dalam dunia keusahawanan, termasuk konsep SMART (Specific, Measurable, Achievable, Relevant, Time-Bound) serta BMC – Business Model Canvas. Setiap elemen diterangkan dengan jelas bagi membantu peserta memahami fungsi dan peranan komponen seperti Value Proposition, Customer Segment, Channels, Cost Structure dan Revenue Streams. Melalui pembelajaran ini, peserta dapat melihat bagaimana sebuah perniagaan boleh dirancang dengan lebih sistematik, teratur dan mudah difahami, seterusnya membina asas pemikiran keusahawanan sejak usia muda.