Tarikh : 19 Julai 2025
Masa : 10.30 – 11.00 am
Tempat : NADI Merbau Pulas dan Kediaman Peserta
Peserta : Pelajar Sekolah
Tujuan
Webinar ini bertujuan untuk memperkenalkan asas-asas pemasaran kepada peserta, sekaligus memupuk minat keusahawanan sejak dari usia muda.
Aktiviti
Dalam sesi ini, peserta mempelajari apa itu pemasaran, mengenal pasti siapakah pelanggan sasaran, serta memahami objektif utama modul pemasaran, iaitu bagaimana menyampaikan nilai produk atau perkhidmatan kepada pelanggan dengan cara yang menarik dan berkesan. Penerangan disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami, interaktif dan menyeronokkan, sesuai dengan tahap usia mereka.
Program ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran awal tentang dunia perniagaan, tetapi juga mengasah daya fikir, kreativiti dan keyakinan diri peserta dalam mengemukakan idea serta mengenali potensi diri. Diharapkan ilmu yang diperoleh menjadi asas yang kukuh untuk membina semangat keusahawanan dalam kalangan generasi muda.