mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Inisiatif Kerajaan : Kempen Government Initiative di Pasar Pagi, Felda Teloi Timur

Tarikh   : 11 November 2025

Masa    : 8.30 am – 12.00 pm

Tempat : Pasar Pagi, Felda Teloi Timur

Peserta : Terbuka

Tujuan

Diadakan dengan tujuan menyampaikan maklumat yang tepat dan jelas kepada komuniti mengenai pelbagai inisiatif kerajaan yang sedang dilaksanakan. Objektif utama kempen ini adalah memastikan penduduk setempat memahami manfaat program seperti Manfaat Madani (STR, SARA dan lain-lain), BUDI Madani, BUDI RON95 serta bantuan lain yang disediakan bagi meringankan beban rakyat.

Aktiviti

Sepanjang kempen berlangsung, komuniti yang hadir di Pasar Pagi telah diberikan penerangan terus mengenai syarat, kaedah permohonan serta manfaat setiap inisiatif. Program ini turut dijalankan bersempena pembukaan kaunter pemeriksaan kesihatan secara percuma bagi memberi peluang kepada orang ramai membuat semakan kesihatan asas. Melalui pengisian ini, penduduk bukan sahaja menerima maklumat sahih tetapi juga lebih peka terhadap peluang bantuan yang boleh dimanfaatkan bagi kesejahteraan keluarga dan komuniti. Terima kasih kepada semua warga Felda Teloi Timur yang hadir dan memberikan kerjasama sepanjang program berlangsung. Diharapkan usaha ini dapat membantu memperluaskan kefahaman berkaitan inisiatif kerajaan dan memastikan maklumat disampaikan dengan lebih berkesan kepada seluruh komuniti.

Gambar di sini