Tarikh : 24 Mei 2025
Masa : 5.00 – 5.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Objektif utama Kidventure adalah untuk memupuk semangat keusahawanan sejak usia muda dengan memberikan pendedahan awal tentang dunia perniagaan secara kreatif, termasuk melalui penghasilan video pelan perniagaan mereka sendiri.
Aktiviti
Program ini telah berjaya membuka ruang kepada peserta muda dalam Cohort 2 untuk memahami asas-asas penting dalam penyediaan pelan perniagaan serta pengurusan kewangan melalui pendekatan yang interaktif dan menyeronokkan.
Melalui program ini, peserta bukan sahaja belajar tentang struktur pelan perniagaan yang baik, tetapi juga mengasah kemahiran komunikasi dan pembentangan secara visual. Ia memberi kelebihan besar kepada peserta dalam membina keyakinan diri, kemahiran berfikir secara kritikal, dan pengetahuan asas pengurusan kewangan yang akan memberi manfaat jangka panjang.