Tarikh : 14 Jun 2025
Masa : 10.30 – 11.00 am
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Sesi ini bertujuan memberi pendedahan awal tentang asas perancangan perniagaan melalui pembentangan video kreatif yang dihasilkan oleh para peserta sendiri.
Aktiviti
Melalui pendekatan ini, peserta bukan sahaja berpeluang mengasah kemahiran komunikasi dan pemikiran kritis, tetapi turut belajar merancang idea perniagaan dengan lebih teratur dan realistik. Semoga sesi ini menjadi titik permulaan kepada generasi muda yang berani mencuba, berfikiran inovatif dan bersedia menjadi usahawan masa hadapan!