Tarikh : 11 Februari 2026
Masa : 3.00 – 4.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektifnya adalah untuk memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai aspek operasi perniagaan serta membantu mereka memahami bagaimana sesebuah perniagaan diuruskan secara sistematik dan berkesan.
Aktiviti
Program ini telah dilaksanakan dengan pengisian yang menumpukan kepada asas operasi perniagaan, aliran kerja harian, pengurusan sumber, serta kepentingan perancangan operasi yang tersusun bagi memastikan kelancaran perniagaan. Melalui video pra latihan ini, peserta memperoleh kefahaman awal yang penting sebagai persediaan sebelum sesi latihan seterusnya, seterusnya membantu mereka merancang dan mengurus operasi perniagaan dengan lebih jelas, praktikal dan yakin.