Tarikh : 12 Februari 2026
Masa : 10.00 – 12.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektifnya adalah untuk membantu peserta memahami aspek operasi perniagaan secara menyeluruh serta meningkatkan keupayaan mereka mengurus perniagaan dengan lebih sistematik dan berkesan.
Aktiviti
Program ini telah berlangsung dengan pengisian yang memberi tumpuan kepada pengurusan operasi harian, perancangan aliran kerja, pengurusan sumber serta kepentingan kecekapan operasi dalam memastikan kelangsungan dan perkembangan perniagaan. Melalui webinar ini, peserta memperoleh pengetahuan praktikal dan panduan yang berguna untuk diaplikasikan dalam perniagaan masing-masing, seterusnya membantu mereka membuat keputusan dengan lebih yakin dan tersusun dalam mengurus operasi perniagaan.