mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Keusahawanan (Preneur & EmpowerHER) : Webinar Perancangan Perniagaan | Jan 2026

Tarikh   : 15 Januari 2026

Masa    : 10.00 am – 12.00 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Terbuka

Tujuan

Objektifnya adalah untuk memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai kepentingan perancangan perniagaan yang sistematik bagi membina perniagaan yang lebih terancang, berdaya saing, dan berpotensi berkembang secara mampan.

Aktiviti

Program ini telah dilaksanakan dengan memberi tumpuan kepada pengenalan konsep dan kepentingan perancangan perniagaan serta Business Model Canvas (BMC), elemen utama dalam pelan perniagaan yang berkesan, pengenalpastian idea perniagaan dan sasaran pasaran, asas pengurusan kewangan dan anggaran kos, strategi pemasaran serta penjenamaan perniagaan, dan kesilapan lazim yang perlu dielakkan. Melalui sesi ini, peserta berpeluang menambah pengetahuan dan kefahaman tentang keperluan perancangan yang rapi sebelum memulakan atau mengembangkan perniagaan, seterusnya membantu mereka merancang hala tuju perniagaan dengan lebih jelas, tersusun, dan yakin dalam membuat keputusan keusahawanan.

Gambar di sini