mcmc
Laporan Aktiviti

NADI x Keusahawanan – Sesi Webinar Atas Talian Sesi 1 : Perancangan Perniagaan & Pengurusan Kewangan

Tarikh   : 22 Januari 2025

Masa    : 2.00 -3.30 PM

Tempat : NADI Merbau Pulas (Online melalui Google Meet)

Peserta : Wanita

Tujuan

Webinar ini merupakan langkah pertama dalam program keusahawanan yang dirancang untuk melahirkan usahawan berpotensi tinggi melalui latihan keusahawanan yang berstruktur.

Aktiviti

Dalam sesi ini, peserta akan didedahkan kepada asas perancangan perniagaan serta pengurusan kewangan yang sistematik untuk membina asas kukuh dalam perjalanan keusahawanan mereka. Program ini bertujuan membantu peserta memahami kepentingan perancangan strategik dan pengurusan kewangan yang efisien untuk memaksimumkan peluang kejayaan dalam perniagaan. Webinar ini diharapkan dapat menjadi pendorong untuk peserta memulakan atau memperkembangkan perniagaan dengan lebih yakin dan berdaya saing.