mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Kidventure : Webinar 1 – Pengenalan Kepada Keusahawanan

Tarikh   : 22 Februari 2025

Masa    : 10.00 am – 11.00 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Webinar pertama dalam siri NADI X Kidventure bersama Usahawan Cilik COHORT 1 telah diadakan dengan fokus kepada pengenalan keusahawanan bagi peserta muda. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal mengenai konsep asas keusahawanan, kepentingannya dalam dunia moden, serta langkah-langkah awal yang boleh diambil oleh kanak-kanak dan remaja untuk membina minda keusahawanan sejak usia muda.

Aktiviti

Dalam sesi ini, peserta diperkenalkan kepada ciri-ciri utama seorang usahawan, strategi perniagaan asas, serta bagaimana kreativiti dan inovasi memainkan peranan penting dalam membangunkan idea perniagaan. Mereka juga didedahkan kepada kisah kejayaan usahawan muda sebagai inspirasi untuk mula meneroka peluang dalam bidang ini.

Diharapkan webinar ini dapat memupuk minat serta memberi semangat kepada peserta untuk meneroka bidang keusahawanan dengan lebih mendalam. Terima kasih kepada semua yang telah menyertai, dan nantikan webinar seterusnya dalam siri NADI X Kidventure!