Tarikh : 21-28 Jun 2025
Masa : 3.00 – 6.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
Tujuan
Tujuan pertandingan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang keselamatan siber serta memberi ruang kepada peserta mengekspresikan kreativiti mereka melalui reka bentuk poster.
Aktiviti
Dalam pertandingan ini, para peserta telah menghasilkan poster berdasarkan tema Kempen Internet Selamat, yang merangkumi isu-isu penting seperti cyberbully, cybergrooming, scam, perlindungan data privasi, dan laman web berbahaya. Poster yang dihasilkan bukan sahaja mencerminkan kefahaman peserta terhadap cabaran keselamatan digital, tetapi juga menyampaikan mesej yang kuat dan mendidik kepada komuniti.