Tarikh : 13 Julai 2025
Masa : 3.00 – 4.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektif kelas ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang peranan e-sukan dalam ekonomi digital dan potensi kerjaya dalam industri ini.
Aktiviti
Para peserta diperkenalkan kepada ekosistem e-sukan yang sebenar, termasuk aspek pembangunan, pengurusan acara, pemasaran digital, serta kepentingan etika dan disiplin dalam dunia kompetitif ini. Program ini membuka mata ramai bahawa e-sukan bukan sekadar hobi, tetapi satu bidang profesional yang memerlukan strategi, dedikasi dan kemahiran tersendiri.