mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Lifelong Learning : e-Sukan – Webinar 2D Animation II

Tarikh   : 23 Mei 2026

Masa    : 9.00 am – 1.00 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Terbuka

Tujuan

Objektifnya adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik lanjutan dalam penghasilan animasi 2D serta meningkatkan kreativiti dalam bidang kandungan digital dan e-sukan.

Aktiviti

Webinar ini dilaksanakan dengan memberi tumpuan kepada asas pergerakan animasi, penggunaan elemen visual, teknik penyuntingan, serta proses menghasilkan animasi 2D yang lebih menarik dan interaktif. Pengisian turut merangkumi tip meningkatkan kualiti animasi dan penggunaan kreativiti dalam penghasilan kandungan digital berkaitan e-sukan. Melalui sesi ini, peserta berpeluang menambah pengetahuan dan kemahiran teknikal, meningkatkan kreativiti, serta membina keyakinan untuk menghasilkan animasi dan kandungan digital yang lebih berkualiti dan berdaya saing.

Gambar di sini