Tarikh : 27 September 2025
Masa : 9.00 am – 1.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas penulisan skrip dalam bidang animasi serta memperkukuh kefahaman tentang struktur dan teknik penceritaan yang berkesan.
Aktiviti
Sesi ini disampaikan oleh Encik Faizal Hakimmy, yang berkongsi pengalaman dan panduan berguna berkaitan cara menghasilkan idea, membina watak serta menyusun jalan cerita bagi menghasilkan karya animasi yang menarik. Program ini sesuai untuk pelajar dan golongan dewasa yang berminat untuk menceburi bidang penulisan kreatif serta industri animasi tempatan.
Program ini diharap dapat menjadi titik permulaan kepada lebih ramai peserta untuk mengasah bakat dalam bidang penulisan skrip dan terus meneroka potensi diri dalam industri kreatif digital.