Tarikh : 29 November 2025
Masa : 9.00 am – 1.00 pm
Tempat : NADI dan Kediaman Peserta
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektif program ini adalah untuk membantu peserta memahami proses perancangan visual sebelum menghasilkan sesuatu video, animasi atau kandungan kreatif, sekaligus meningkatkan kemahiran mereka dalam menyampaikan jalan cerita dengan lebih jelas, tersusun dan profesional.
Aktiviti
Dalam sesi ini, peserta mempelajari asas menghasilkan storyboard sebagai langkah pertama merangka perjalanan visual sesuatu projek. Mereka turut didedahkan kepada teknik menyusun shot dan naratif visual yang membantu membentuk aliran cerita yang kemas dan mudah difahami. Selain itu, peserta belajar cara merangka visual bagi video serta animasi, termasuk menentukan sudut kamera, pergerakan, mood dan transisi antara babak. Tips praktikal turut dikongsikan bagi membantu peserta meningkatkan kualiti hasil kerja kreatif, terutamanya dalam projek berkaitan e-sukan, produksi kandungan digital dan penceritaan visual.