Tarikh : 06 Mac 2025
Masa : 2.00 – 4.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas (Online melalui Google Meet)
Peserta : Wanita
Tujuan
Kelas masakan ini menampilkan Chef Florence Tan yang berkongsi kepakaran dalam masakan tradisional Nyonya. Peserta berpeluang mempelajari dan menyaksikan demonstrasi memasak secara live, di mana Chef menunjukkan langkah demi langkah penyediaan dua hidangan istimewa: Resepi Ayam Titik dan Kuih Gading Galoh.
Aktiviti
Melalui sesi ini, para peserta bukan sahaja mendapat resipi autentik tetapi juga memahami teknik memasak yang diwarisi turun-temurun dalam masakan Nyonya. Dengan bimbingan Chef Florence Tan, pengalaman memasak menjadi lebih menarik dan interaktif, sekaligus menghidupkan warisan kulinari yang kaya dengan rasa dan sejarah.