mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Lifelong Learning : Mahir Baiki Gajet (Minggu 18) | Pemilihan Komputer

Tarikh   : 21 November 2025

Masa    : 3.00 – 4.30pm

Tempat : NADI dan Kediaman Peserta

Peserta : Terbuka

Tujuan

Objektif utama sesi ini adalah untuk memastikan peserta memahami definisi, konsep dan kepentingan ujian keterusan sebagai langkah awal mengenal pasti sambungan litar yang berfungsi atau bermasalah. Program ini juga bertujuan meningkatkan kemahiran peserta dalam mengendalikan multimeter dengan betul, tepat dan selamat.

Aktiviti

Peserta diperkenalkan dengan maksud dan fungsi Ujian Keterusan, iaitu satu kaedah untuk memeriksa sama ada wujud aliran elektrik melalui sesuatu litar atau komponen tanpa sebarang gangguan. Ujian ini membantu mengesan kerosakan asas seperti putus litar, sambungan longgar, kerosakan suis atau wayar, serta komponen yang gagal berfungsi. Selain itu, peserta turut mempelajari aplikasi ujian ini dalam pembaikan peranti seperti telefon, komputer, peralatan rumah dan modul elektronik lain.

Gambar di sini