Tarikh : 05 Disember 2025
Masa : 3.00 – 4.30pm
Tempat : NADI dan Kediaman Peserta
Peserta : Terbuka
Tujuan
Minggu ini memberi ruang kepada peserta untuk membuat recap menyeluruh terhadap semua topik yang telah dipelajari sebelum ini, merangkumi asas komponen, troubleshooting, penyelenggaraan peranti, teknik pembaikan mudah serta langkah keselamatan ketika membaiki gajet.
Aktiviti
Kelas Mahir Baiki Gajet telah melabuhkan tirainya, menandakan penutup bagi sesi pembelajaran peserta. Recap ini membantu peserta mengukuhkan pemahaman, meningkatkan keyakinan dalam mengenal pasti kerosakan, serta mengaplikasikan semula kemahiran yang dipelajari sepanjang program. Pendekatan praktikal dan perkongsian pengalaman turut memberi nilai tambah kepada peserta untuk lebih bersedia menghadapi masalah gajet harian. Tahniah kepada semua peserta atas komitmen, usaha dan semangat belajar yang konsisten sehingga tamat sesi. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dan menjadi asas kepada kemahiran membaiki gajet yang lebih mantap pada masa akan datang.