Tarikh : 05 Julai 2025
Masa : 9.30-10.30 am
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektif utama forum ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kursus MAHIR seperti MAHIR X Masak, Jahit, Baiki Gajet dan Foto, serta bagaimana program ini boleh dimanfaatkan untuk menambah nilai diri dan potensi pendapatan.
Aktiviti
Peserta yang hadir turut mendapat penerangan terus daripada pihak penganjur, bertanya soalan secara terbuka, dan tidak ketinggalan berpeluang memenangi hadiah menarik menerusi cabutan bertuah. Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong inisiatif ini – semoga forum ini menjadi titik mula kepada lebih ramai komuniti celik kemahiran dan berdaya saing!