Tarikh : 24 Jun 2025
Masa : 9.30 – 11.30 am
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Forum ini bertujuan memberi gambaran awal tentang kandungan modul, kaedah pelaksanaan, serta peranan peserta dalam menjayakan inisiatif pembangunan diri melalui pendekatan pembelajaran sepanjang hayat.
Aktiviti
Program NADI X Lifelong Learning – MAHIR : Forum MAHIR Bersama Komuniti Intake 2 Sesi Utara yang telah berlangsung secara dalam talian telah memberi penerangan menyeluruh kepada para peserta tentang pelaksanaan Program MAHIR dan hala tuju pembelajaran sepanjang penglibatan mereka dalam program ini.
Para peserta telah mendapat pendedahan awal yang penting tentang struktur program, objektif pembelajaran, serta peluang-peluang peningkatan kemahiran yang boleh dimanfaatkan melalui MAHIR. Sesi ini juga memberi ruang kepada komuniti untuk berinteraksi, bertanya soalan, dan memahami dengan lebih jelas perjalanan program yang akan mereka ikuti satu nilai tambah yang penting dalam memastikan penglibatan yang lebih aktif dan bermakna.