mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Lifelong Learning : Mahir Foto (Minggu 3) | Mobilegrafi

Tarikh   : 27 & 29 Januari 2026

Masa    : 9.30 – 11.00 am | 3.00 – 4.30 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Terbuka

Tujuan

Objektifnya adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada peserta mengenai konsep mobilegrafi sebagai satu kemahiran visual yang praktikal dan relevan dalam era digital.

Aktiviti

Sepanjang Minggu 3, peserta mengikuti kuiz selama 30 minit, sesi penerangan tentang apa itu mobilegrafi, ciri-ciri serta kelebihannya, perbincangan mengenai perbezaan antara mobilegrafi dan fotografi, serta pengenalan kepada jenis-jenis telefon pintar yang sesuai untuk penghasilan foto berkualiti. Program ini memberi kelebihan kepada peserta dengan membantu mereka memaksimumkan penggunaan telefon pintar sebagai alat kreatif, meningkatkan kemahiran merakam visual dengan lebih efektif, dan menyokong penghasilan kandungan digital untuk pembelajaran, perniagaan, dan media sosial. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan oleh peserta untuk menghasilkan foto yang lebih menarik dan profesional menggunakan peranti mudah alih.

Gambar di sini