Tarikh : 24 & 26 Februari 2026
Masa : 9.30 – 11.00 am | 3.00 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Sesi ini memberi pendedahan kepada peserta tentang asas pencahayaan dalam fotografi dengan fokus kepada penggunaan cahaya semula jadi di luar (outdoor).
Aktiviti
Peserta mempelajari jenis-jenis pencahayaan seperti Front Light, Side Light, Back Light dan Silhouetting, serta bagaimana arah dan kedudukan cahaya boleh mempengaruhi mood, bayang dan kualiti gambar. Melalui penerangan dan contoh situasi, peserta dapat memahami cara menggunakan cahaya dengan lebih efektif untuk menghasilkan gambar yang lebih menarik menggunakan kamera atau telefon pintar.