Tarikh : 23 dan 26 September 2025
Masa : 9.30 – 11.00am | 3.00 – 4.30pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai ciri-ciri kurung pesak dan kain susun tepi, selain memahami ukuran badan yang perlu diambil sebelum proses menjahit.
Aktiviti
Sepanjang sesi ini, peserta mempelajari teknik asas penyediaan pola dengan lebih terperinci, mengenali langkah-langkah penting dalam pengukuran badan, serta memahami perbezaan ciri rekaan kurung pesak berbanding jenis kurung yang lain. Kelebihan utama yang diperoleh adalah peserta lebih yakin untuk menghasilkan draf pola yang tepat dan bersedia untuk meneruskan ke peringkat jahitan seterusnya.