Tarikh : 28 dan 31 Oktober 2025
Masa : 3.00 – 4.30pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam bidang jahitan, khususnya dalam memahami asas reka bentuk dan penyediaan pola Kurung Moden. Program ini bertujuan memperkenalkan peserta kepada teknik pengukuran yang tepat serta kaedah penyediaan pola yang kemas dan profesional, sejajar dengan keperluan industri jahitan masa kini.
Aktiviti
Sepanjang sesi berlangsung, peserta didedahkan kepada pelbagai topik penting seperti ciri-ciri Kurung Moden dan Kain Duyung, ukuran asas yang perlu diambil, serta garisan asas pada bahagian baju dan tangan. Selain itu, peserta turut mempelajari tips ubah suai pola, termasuk cara mengecil atau membesarkan bahagian lubang lengan dan ketiak bagi memastikan keselesaan serta kesesuaian rekaan mengikut bentuk badan.