mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Lifelong Learning : Mahir Jahit (Minggu 18) | Menjahit Kurung Moden

Tarikh   : 18 & 21 November 2025

Masa    : 3.00 – 4.30pm

Tempat : NADI dan Kediaman Peserta

Peserta : Terbuka

Tujuan

Tujuan sesi ini adalah untuk meningkatkan penguasaan peserta dalam menghasilkan pakaian siap jahit yang berkualiti, sekaligus memberi keyakinan kepada mereka untuk menyiapkan projek jahitan sendiri di rumah.

Aktiviti

Kelas minggu ini diteruskan dengan fokus kepada kemahiran menjahit Kurung Moden serta skirt/kain duyung, bagi membantu peserta memahami teknik jahitan yang lebih kemas, tepat dan sesuai mengikut potongan moden masa kini. Sepanjang sesi, peserta mempraktikkan langkah demi langkah proses menjahit Kurung Moden dan kain duyung, bermula daripada penjajaran fabrik, teknik menjahit bahagian asas, sehingga menyempurnakan bentuk pakaian. Program ini turut memberi persediaan awal bagi minggu hadapan, iaitu sesi mendraf pola dan menggunting tudung dua lapis, agar peserta lebih bersedia dari segi kefahaman dan peralatan.

Gambar di sini