mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Lifelong Learning : Mahir Jahit (Minggu 19) | Mendraf Dan Menggunting Tudung 2 Lapis

Tarikh   : 25 & 28 November 2025

Masa    : 9.30 – 11.00am | 3.00 – 4.30pm

Tempat : NADI dan Kediaman Peserta

Peserta : Terbuka

Tujuan

Objektif utama sesi ini adalah untuk membantu peserta memahami asas penyediaan pola yang tepat, menguasai teknik pengukuran, serta mempraktikkan kaedah menggunting fabrik dengan kemas dan teratur. Selain itu, program ini bertujuan meningkatkan keyakinan peserta dalam menghasilkan tudung siap jahit mengikut ukuran dan bentuk yang betul.

Aktiviti

Sepanjang sesi, peserta diberi pendedahan praktikal tentang cara menggunting fabrik mengikut pola yang telah dilakar, termasuk teknik meletakkan fabrik, memastikan arah serat kain yang betul, serta langkah mengelakkan pembaziran bahan. Peserta turut mempelajari cara menanda bahagian muka tudung dengan tepat bagi memastikan bentuk dan penyudahan jahitan lebih kemas apabila dijahit nanti. Melalui latihan langkah demi langkah, peserta dapat memahami proses pembuatan tudung dua lapis secara lebih sistematik dan terarah.

Gambar di sini