Tarikh : 29, dan 30 Julai 2025
Masa : 9.30 – 11.00 am | 3.00 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektif utama minggu ini adalah untuk memperkenalkan peserta kepada pelbagai peralatan menjahit serta cara penggunaannya, di samping memberi penekanan kepada aspek keselamatan dan penjagaan alatan bagi memastikan kelangsungan dan keselamatan dalam sesi praktikal.
Aktiviti
Peserta turut diberi pendedahan awal tentang asas jahitan, yang menjadi langkah pertama sebelum melangkah ke peringkat kemahiran yang lebih mendalam. Melalui pengisian minggu ini, peserta bukan sahaja lebih yakin untuk mengendalikan peralatan dengan betul, malah mula membina kefahaman yang kukuh terhadap asas seni jahitan.