Tarikh : 12 Disember 2025
Masa : 3.00 – 4.30pm
Tempat : NADI dan Kediaman Peserta
Peserta : Terbuka
Tujuan
Dalam sesi ini, peserta mempelajari teknik menjahit tudung dua lapis dengan kemasan yang kemas serta memahami langkah-langkah penting dalam membuat pengiraan kos yang tepat sebelum menetapkan harga jualan atau tempahan.
Aktiviti
Melalui bimbingan praktikal dan penerangan yang mudah difahami, peserta bukan sahaja meningkatkan kemahiran jahitan mereka, tetapi juga memperoleh pengetahuan asas keusahawanan untuk memastikan produk yang dihasilkan mempunyai nilai komersial yang kompetitif.