Tarikh : 05 dan 08 Ogos 2025
Masa : 9.30 – 11.00 am | 3.00 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektif program ini adalah untuk membimbing peserta daripada asas jahitan ke tahap yang lebih mahir secara berperingkat, sekaligus membuka peluang untuk menjana pendapatan melalui kemahiran yang dimiliki.
Aktiviti
Fokus utama minggu ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang cara mengambil ukuran badan dengan betul, satu kemahiran asas yang sangat penting dalam dunia jahitan. Melalui sesi praktikal dan tunjuk ajar yang jelas, peserta dapat memahami teknik pengukuran yang tepat bagi memastikan hasil jahitan lebih kemas dan terletak cantik pada pemakai.