Tarikh : 28 & 29 Januari 2026
Masa : 9.30 – 11.00 am | 3.00 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektifnya adalah untuk memberi pendedahan dan kemahiran asas menjahit kepada peserta melalui projek praktikal yang mudah dan bermanfaat.
Aktiviti
Sepanjang Minggu 3, peserta didedahkan kepada teknik asas menjahit dengan menghasilkan pencil box, bermula daripada pemilihan bahan, penggunaan mesin jahit, sehinggalah proses kemasan produk. Program ini memberi kelebihan kepada peserta dengan membantu mereka meningkatkan kemahiran motor halus, keyakinan menggunakan peralatan jahitan, serta menghasilkan produk siap yang boleh digunakan sendiri atau dijadikan permulaan kepada aktiviti keusahawanan kecil. Semoga kemahiran yang dipelajari dapat diperkembangkan sebagai nilai tambah dan inspirasi dalam bidang jahitan.