mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Lifelong Learning : Mahir Jahit (Minggu 4) | Cara Ambil Ukuran Badan

Tarikh   : 04 & 05 Februari 2026

Masa    : 9.30 – 11.00 am | 3.00 – 4.30 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Terbuka

Tujuan

Objektifnya adalah untuk meningkatkan kemahiran asas jahitan peserta melalui program ini dengan fokus kepada cara mengambil ukuran badan yang tepat dan sistematik.

Aktiviti

Program ini telah dilaksanakan dengan pengisian berfokus kepada pengenalan jenis ukuran badan, teknik mengambil ukuran yang betul, serta kesilapan lazim yang perlu dielakkan dalam proses pengukuran. Sepanjang sesi, peserta dibimbing melalui penerangan langkah demi langkah dan demonstrasi praktikal bagi memastikan ketepatan ukuran sebelum proses memotong dan menjahit dilakukan. Melalui program ini, peserta dapat meningkatkan kefahaman asas jahitan, membina keyakinan dalam penyediaan pola, serta mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam projek jahitan secara lebih kemas dan profesional.

Gambar di sini