Tarikh : 14 & 16 Oktober 2025
Masa : 9.30 – 11.00am |3.00 – 4.30pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Bertujuan untuk untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan pengiraan kos dalam penghasilan produk makanan. Program ini turut bertujuan membantu peserta memahami cara menentukan harga jualan yang bersesuaian berdasarkan bahan, tenaga kerja, dan kos operasi.
Aktiviti
Sepanjang sesi, peserta dibimbing mengenai langkah-langkah mengira kos bahan mentah, margin keuntungan, serta kaedah penetapan harga produk secara praktikal. Melalui aktiviti pengiraan dan penerangan yang dijalankan, peserta dapat menilai semula strategi harga bagi memastikan produk yang dihasilkan bukan sahaja berkualiti, tetapi juga menguntungkan.