Tarikh : 18, 20 & 21 November 2025
Masa : 9.30 – 11.00am | 3.00 – 4.30pm
Tempat : NADI dan Kediaman Peserta
Peserta : Terbuka
Tujuan
Tujuannya adalah untuk meningkatkan pengetahuan peserta mengenai teknik memasak Western yang mudah diaplikasikan di rumah serta membantu mereka memahami kaedah penyediaan makanan yang betul dan selamat.
Aktiviti
Dalam sesi ini, peserta mempelajari cara pembuatan burger, teknik menyediakan patty yang sedap, serta asas penyediaan hidangan Western melalui sesi masak dan hiasan bagi menghasilkan hidangan yang lebih kemas dan menarik. Turut dikongsikan ialah tips menanak nasi menggunakan periuk elektrik dan kaedah kukus, membolehkan peserta memilih teknik yang paling sesuai mengikut keperluan masing-masing.