Tarikh : 25, 27 & 28 November 2025
Masa : 9.30 – 11.00am | 3.00 – 4.30pm
Tempat : NADI dan Kediaman Peserta
Peserta : Terbuka
Tujuan
Sesi minggu ini memberikan pendedahan menarik tentang dua topik utama iaitu pengenalan kepada pertandingan Cooking-Star Season 2 dan sesi Pembuatan Burger yang merangkumi bahan-bahan, resepi serta teknik memasak dan menghidang dengan betul.
Aktiviti
Peserta dibimbing dalam menyediakan burger yang sedap, seimbang dan menarik melalui langkah demi langkah yang mudah diikuti. Selain itu, turut dikongsikan TIips Minggu Ini iaitu Cara Membakar Kek Dengan Sempurna, yang membantu peserta memahami kawalan suhu, jenis adunan serta teknik memastikan kek masak sekata tanpa terlebih atau kurang bakar. Program ini direka bagi meningkatkan kemahiran memasak secara praktikal sambil memupuk keyakinan peserta di dapur.