Tarikh : 05, 07 & 08 Ogos 2025
Masa : 9.30 – 11.00 am | 3.00 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektif program ini adalah untuk memperkasakan kemahiran kulinari peserta dengan resipi minuman moden yang mudah dan menarik, sesuai untuk sajian harian mahupun majlis istimewa.
Aktiviti
Program NADI X Lifelong Learning: Mahir Masak (Minggu 3) telah berlangsung dengan jayanya, memberi peluang kepada para peserta untuk mempelajari cara penyediaan tiga jenis air mocktail yang menyegarkan iaitu Mojito Orange Juice, Mojito Soda Herbs, dan Mojito Blue Lagoon. Sepanjang sesi, peserta bukan sahaja dapat belajar teknik penyediaan yang betul, malah berpeluang mencuba sendiri hasil tangan mereka sambil berinteraksi dalam suasana yang santai dan menyeronokkan. Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan minggu ketiga ini.