mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Lifelong Learning : Mahir Masak (Minggu 5) | Cara Ambil Gambar Penyediaan Produk, Upload Tugasan & Video Pembuatan Bun

Tarikh   : 19, 21 & 22 Ogos 2025

Masa    : 9.30 – 11.00 am | 3.00 – 4.30 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Terbuka

Tujuan

Objektif minggu ini ialah untuk memberikan pendedahan kepada peserta tentang aspek penting dalam penyediaan dan pembentangan produk masakan secara digital, termasuk cara merakam gambar dengan teknik yang betul dan memuat naik tugasan ke dalam sistem MTS dengan teratur.

Aktiviti

Sepanjang sesi ini, peserta memperoleh kemahiran teknikal yang sangat berguna, bukan sahaja dalam konteks tugasan, malah juga dalam mempersiapkan diri untuk mempromosikan produk mereka secara profesional di masa hadapan. Tambahan pula, peserta turut berpeluang menonton video demonstrasi penyediaan bun sebagai persediaan bagi sesi minggu hadapan, di mana mereka akan mencuba resipi menarik garlic cheese bun. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang terus komited mengikuti setiap minggu.

Gambar di sini