Tarikh : 10 Julai 2025
Masa : 5.00 – 6.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektif utama siri pendek ini adalah untuk memperkenalkan resipi mudah namun autentik yang boleh dipelajari dan diikuti oleh sesiapa sahaja, sama ada di rumah mahupun sebagai inspirasi perniagaan kecil-kecilan.
Aktiviti
Dalam episod kali ini, peserta berpeluang mempelajari cara menyediakan sotong masam manis yang lazat, dengan teknik masakan serta petua eksklusif terus daripada Chef Florence sendiri. Bukan sekadar belajar resipi, peserta juga didedahkan kepada kepelbagaian bahan, teknik memasak berkesan, dan cara mengekalkan rasa asli dalam hidangan.