Tarikh : 18, 19 & 20 November 2025
Masa : 9.30 – 11.00am | 3.00 – 4.30pm
Tempat : NADI dan Kediaman Peserta
Peserta : Terbuka
Tujuan
Tujuan sesi ini adalah membantu peserta memahami struktur cadangan projek yang baik, khususnya dalam konteks Pertanian Pintar yang semakin relevan dalam sektor agro masa kini.
Aktiviti
Kelas minggu ini memberi tumpuan kepada pengukuhan kemahiran penulisan proposal yang menjadi asas penting dalam merancang, memohon dana atau sokongan, serta melaksanakan projek pertanian dengan lebih teratur. Peserta didedahkan kepada lima komponen utama iaitu Kenapa Cadangan Projek Penting, 7 Elemen Teras Proposal, Fokus Khas Pertanian Pintar, Mini-Bengkel, serta Kajian Kes & Rumusan. Sesi ini turut disertakan dengan contoh kertas kerja bagi memberikan gambaran sebenar tentang bagaimana dokumen proposal yang lengkap dan profesional perlu disediakan.