Tarikh : 25, 26 & 27 November 2025
Masa : 9.30 – 11.00am | 3.00 – 4.30pm
Tempat : NADI dan Kediaman Peserta
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektif sesi ini adalah untuk memperkukuh pengetahuan peserta mengenai keperluan dokumen perancangan yang tersusun serta meningkatkan kemampuan mereka merangka strategi operasi, pemasaran dan kewangan yang realistik dan praktikal.
Aktiviti
Dilaksanakan dengan fokus utama membantu peserta memahami pengertian, kepentingan serta tujuan penyediaan Rancangan Perniagaan (RP) dalam projek pertanian moden. Sepanjang sesi, peserta didedahkan kepada format pembentukan Rancangan Perniagaan yang berkualiti merangkumi penyusunan elemen penting serta teknik penulisan yang jelas dan meyakinkan. Mereka turut mengikuti penerangan tentang perancangan operasi, pemasaran dan kewangan yang menjadi asas kepada penghasilan RP yang lengkap. Melalui pengisian ini, peserta memperoleh kemahiran menyusun maklumat secara strategik, meningkatkan keupayaan membuat keputusan perniagaan dan memahami bagaimana rancangan yang baik dapat menyokong kelangsungan projek pertanian pintar.